Tempat Sarapan Best Di Skudai – Restoran Lokman

Hari ni seperti hari minggu yang lain saya dan suami pergi ke Restoran Lokman untuk menikmati Nasi Kerabu Daging Bakar yang sungguh sedap.

Restoran ni terletak di Jalan Emas Puteh 5, Taman Sri Skudai (bertentangan dengan Caltex Taman Sri Skudai) dan beroperasi dari pukul 8.30 pagi sehingga 3 petang.

Tapi kalau anda nak makan Nasi Kerabu, kena datang lebih awal sebab biasanya Nasi Kerabu akan habis di sekitar pukul 10.30 pagi.

Pada saya Nasi Kerabu di sini memang sungguh sedap dan setanding dengan Nasi Kerabu di tempat-tempat tersohor di Kelantan.

Jom cuci mata..

20120128-105510.jpg

Sedap!!

20120128-110024.jpg

Pandangan hadapan kedai untuk rujukan anda

Jika anda ada sebarang komen tentang tempat ni atau ingin berkongsi tempat-tempat makanan yang menarik, sila kongsikan di ruangan komen ya. Nanti bolehlah saya share dengan pembaca yang lain.

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

 

Umi, Baby Ni Suka Kacau Abang Adi..

Beberapa hari lepas Adi mengadu pasal Baby Ali yang suka sangat kacau dia dan bermain dengan mainan dia.

Adi : Umi, Baby ni suka kacau Abang Adi..

Umi : Yelah, Abang Adi kan best. Sebab tu Baby suka kacau Abang Adi.

Adi : Ye ke Umi?

Umi : Iye.. Baby tu suka Abang Adi. Dia suka semua yang Abang Adi buat. Sebab tu dia pun suka mainan Abang Adi.

Adi : Betul ke Umi?

Umi : Iye.. Baby kan selalu ketawakan Abang Adi bila Abang Adi buat apa-apa. Umi rasa tak kelakar pun, tapi Baby ketawa. Maknanya Abang Adi ni best la. Sebab tu Baby suka.

Adi : Betul la Umi. Baby selalu ketawakan Abang Adi.

Lepas tu dia sambung bergurau dengan Baby Ali yang memang suka sangat ketawakan apa je aksi Abang Adi.

.

.

.

.

.

.

Selang beberapa hari, tanya lagi soalan yang sama.

Hahaha.. Umi nak kena fikirkan ayat yang lebih power la!

Pengacau Abang Adi

 

Adakah Anda Cemburu Dengan Kejayaan Rakan Anda?

Pernahkan anda merasa cemburu apabila melihat rakan-rakan anda kelihatan lebih berjaya daripada anda? Adakah anda merasa cemburu apabila membaca kisah-kisah kejayaan usahawan di dada-dada akhbar dan majalah?

Jika anda termasuk di dalam golongan di atas, maka dengan ini saya mengesahkan bahawa anda memanglah seorang manusia normal yang berjiwa keusahawanan seperti saya.

Tidak dapat dinafikan, saya memang sangat cemburu apabila melihat kejayaan rakan-rakan yang lain. Ini mungkin disebabkan semangat bertanding (competitiveness) dalam diri saya sangat tinggi.

Walaupun saya tidak pernah meluahkan perasaan ini secara terang-terangan tetapi setiap kali melihat atau mendengar tentang kejayaan rakan-rakan, saya memang akan merasa cemburu yang teramat sangat.

Tambahan pula dengan kecanggihan teknologi dan juga penggunaan FB yang membolehkan kita mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan. Masakan saya tidak cemburu apabila melihat rakan-rakan menunaikan haji/umrah, melancong ke luar negara, memakai kereta mewah, memiliki rumah mewah dan berpenampilan hebat.

Sebenarnya cemburu ni ada bagusnya. Cemburu boleh menjadikan kita lebih bersemangat dan rajin berusaha. Cemburu juga boleh membantu kita mempunyai matlamat yang jelas (memakai kereta jenama xxx, memiliki rumah berharga xxx, dll). In fact, kebanyakan usahawan adalah orang yang cemburu.

Orang yang tidak cemburu adalah orang biasa yang selalu berfikir, “Takpelah itu rezeki dia. Rezeki aku setakat ni je. Aku redha..” Bagi saya, redha ni memang la bagus. Tetapi bukankah agama Islam sendiri menggalakkan kita untuk berusaha. Ada pepatah mengatakan,

“Bekerjalah seperti kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah seperti kamu akan mati pada esok hari”

So, bila dah cemburu apa yang saya buat?

  1. Saya akan perhatikan dan kaji bagaimana cara dia bekerja.
  2. Saya akan cuba mendekati dia untuk belajar bagaimana dia mencapai kejayaan.
  3. Saya akan ikuti perkembangan hariannya untuk mengetahui apakah aktiviti yang dilakukan.

Bak kata pepatah,

If you cannot beat them, join them

Dengan kata lain, saya cuba untuk berkawan dan bersahabat dengan orang-orang yang saya cemburui. Dan Alhamdulillah, dengan cara ini saya dapat merapatkan diri dan seterusnya dapat belajar dengan orang-orang yang berjaya.

Jadi, kepada rakan-rakan yang ada sifat cemburu yang tinggi, salurkan sifat cemburu anda ke arah kebaikan dan cuba dekati orang yang anda cemburui secara baik. InsyaAllah suatu hari nanti anda juga akan sama-sama berjaya seperti mereka.

 

Jom Sama-Sama Pergi Ke Karnival Karangkraf 2012

Tadi terbaca maklumat pasal Karnival Karangkraf 2012 yang sedang berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

 

Antara aktiviti yang akan diadakan :

1. Program Forum Bicara Cinta Anak Muda  : Hatiku Hanya Milikmu oleh Panel jemputan Sham Kamikaze, Irma Hasmi, Pemenang Ustazah Pilihan, Imam Muda Ashraf dan juga trainer ESQ

Tarikh : 27 Jan (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pentas utama Karnival dibawakan khas oleh Majalah I.

2. Konsert & Anugerah PPMH Media Hiburan. Antara artis yang akan membuat persembahan : Dafi, Akim, Alif Aziz, Adira, Mila, Nubhan, Awie Rafael, Sixth Sence, dan ramai lagi artis jemputan yang akan hadir bagi Anugerah PPMH Media HIburan.

Tarikh : 28 Jan 2012
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pentas Utama Karnival Karangkraf

3. Pelancaran Majalah baru Automaskulin dengan penampilan istimewa Neelofa & Izara.

Tarikh : 28 Jan 2012
Masa : 2.30 malam
Tempat : Pentas Utama Karnival Karangkraf

4. Festival Penulis Grup Buku Karangkraf.

Tarikh : 27 – 29 Jan 2012
Masa : 9 Pagi – 3 Petang
Tempat : Karnival Karangkraf

5. Zon Wonderland Sinar Harian.

Tarikh : 27 – 29 Jan 2012
Masa : 9 Pagi – 9 Malam
Tempat : Karnival Karangkraf

6. Kempen Derma Darah.

Tarikh : 28 Jan 2012
Tempat : Studio F, Kumpulan Media Karangklraf Sdn Bhd
Lot 25, Premis No 1. Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15
40200 Shah Alam Selangor

7. Jumble Sale

Aktiviti-aktiviti lain :

• Zon Jualan Wanita Fame & Feminin.

• Sesi beramah mesra bersama editor-editor Grup Majalah Karangkraf.

• Penampilan Upin & Ipin bersama Grup Majalah Karangkraf.

• Demonstrasi masakan bersama majalah RASA.

• Bijak matematik bersama Fokus SPM dan Pakar Matematik Dunia LIM TECK HOE.

• Booth Photo (abadikan gambar anda di cover majalah).

• Bengkel Fesyen Gaya Tudung bersama Majalah Nur dan Dara.com.

• Penampilan Imam Muda dan Ustazah Pilihan bersama Majalah I.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini.

Memandangkan esok saya akan bertolak ke KL dan berada di sana sehingga Ahad, insyaAllah saya pun nak singgah ke karnival ni.

Jom jumpa di sana! :)

Khidmat promosi percuma ini disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

Karipap Sedap Di Taman Perling

Sekarang saya dan suami sedang menunggu karipap sedap sambil makan cendol di sebuah gerai di Jalan Camar, iaitu berhadapan Pasar Awam Taman Perling.

Saya memang suka sangat karipap dia. Ada dua pilihan. Karipap Ayam & Telur yang berharga RM0.80 sebiji dan Karipap Daging berharga RM1.00 sebiji.

Pada saya harganya sangat berpatutan sebab saiz karipapnya juga agak besar berbanding biasa.

20120127-170951.jpg

Sedap sangat rasanya!

20120127-171001.jpg

Bunting di depan gerai

20120127-171007.jpg

Karipap fresh dari kuali

Wajib cuba tau!

Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.